Monday, 16 April 2012

Kepentingan Stem Sel

Fungsi-Fungsi Stem cell dalam merawat penyakit

stem cell merupakan satu sel yang dipanggil "master of cell" dimana ia boleh merawat,menyembuhkan dan membaiki tisu-tisu, sel-sel yang terdapat didalam badan dan organ dalaman manusia. sel stem ini memang terdapat secara semulajadi didalam badan kita TETAPI pengeluarannya bergantung pada USIA kita dimana semakin kita berumur KEUPAYAAN tubuh kita untuk mengeluarkan stem sel adalah semakin terhad. Stem sel amat penting dalam MENGEMBALIKAN fungsi sesuatu organ didalam tubuh kita, ia juga boleh mengimbangi tubah kita.

Dalam tunuh kita pada setiap hari tisu-tisu akan digantikan dengan tisu-tisu baru untuk mendapat kesihatan maksimum. sebagai contoh:-


specific organ/
    tissue                   completely renewed

Intestinal Lining                 5day
Liver                             3-5 years
Pancreas                       4-5 years
Lung                             4-5 years
Heart                            15-20 years


Ini bermakna setiap hari tisu-tisu akan digantikan dengan tisu-tisu yang baru untuk menyiapkan kitaran pembaharuan setiap organ. tisu-tisu ini terjadi apabila tubuh kita merangsang stem cell untuk menjalankan pembaharuan setiap hari. Jika kitaran ini GAGAL disiapkan dalam masa yang ditetapkan maka dengan itulah terjadinya PENYAKIT seperti sakit jantiung,kencing manis, darah tinggi, strok, dan lain-lain.

potential uses of stem cells


kajian mendapati bahawa,rawatan stem cell dapat merawat dan menyembuhkan penyakit-penyakit tersebut dimana dengan melakukan rawatan stem sel. walaubagaimana pun stem sel terapi amat mahal dan memerlukan kajian didalam makmal sebelum dirawat dan disuntik ke tempat yang sakit tersebut.

sebagai contoh

rawatan stem cell pada jantung

rawatan seperti ini memerlukan kos sekurang-kurangnya RM40k keatas.

Teory tentang stem cell

Sel stem adalah sel yang mempunyai kebolehan untuk menggandakan strukturnya tanpa had dan berupaya untuk menjadi sel mana-mana organ dan tisu badan. Sel stem embrionik adalah sel yang di ekstrak daripada blastula, iaitu sel embrio yang paling awal, yang mempunyai kebolehan hebat untuk menggandakan diri ke vitro, dalam tiub ujian, dan berupaya untuk menjadi hampir kesemua tisu. Sel stem dewasa adalah sel yang mampu di dapati dalam organisma selepas kelahiran. Sehinga akhir-akhir ini, sel stem dewasa dipercayai hanya mampu menjadi sel darah, tulang dan tisu penghubung. Tetapi akibat kajian terkini yang telah dilakukan sejak 5 tahun lepas telah menemui kebolehan sel stem dewasa yang mampu bertindak seperti sel stem embrionik.

Teori Pembaharuan sel stem mencadangkan yang sel stem secara semulajadinya dilepaskan oleh sumsum tulang dan bergerak ke tisu melalui saluran darah untuk menggalakan proses semulajadi pembaharuan sel badan. Apabila sesebuah organ dikerah untuk melakukan proses pembaharuan, seperti proses penuaan semulajadi, organ ini akan melepaskan kompaun yang akan membuat sumsum tulang mengeluarkan sel stem. Organ ini juga melepaskan kompaun yang menarik sel stem kearah organ tersebut. Sel stem yang dikeluarkan akan mengikut kepekatan gradien oleh kompaun-kompaun ini dan meninggalkan aliran darah untuk berpindah kepada organ dimana mereka akan berkembang dan dibahagikan untuk menjadi sel organ tersebut lantas membantu proses pembaharuan semulajadi.

Sel stem embrionik manusia yang pertama dikembangkan di dalam vitro iaitu di dalam piring petri pada pertengahan tahun 1990-an. Dengan cepatnya para pengkaji berjaya dalam perkembangan sel tersebut untuk generasi yang banyak dan membolehkan pembahagian sel ke hampir kesemua bentuk sel, contohnya sel otak, sel jantung, sel hati, sel tulang, sel pankreas dan banyak lagi. Tetapi apabila mereka berusaha untuk mengembangkan sel stem dewasa, usaha mereka di akhiri dengan sedikit kejayaan kerana sel stem dewasa adalah lebih sukar untuk dibesarkan dalam vitro untuk lebih daripada beberapa generasi. Ini menyebabkan kepada kesimpulan yang mengatakan sel stem embrionik mempunyai kebolehan yang lebih daripada sel stem deawasa. Tambahan pula, keraguan etika dikaitkan dengan penggunaan sel stem embrionik telah menyebabkan pewakilan yang tidak adil terhadap sel stem embrionik di kalangan media. 

sel stem embrionik



Tetapi penyelidikan terkini dalam tempoh 2-3 tahun yang lepas telah membuktikan yang sel stem dewasa mempunyai keupayaan yang mampu disamakan kepada sel stem embrionik, dalam badan manusia, bukan pada tiub ujian. Banyak kajian telah membuktikan yang dengan hanya mengeluarkan sel stem daripada sumsum tulang mampu memberi sokongan pada badan untuk menjalankan proses pembaharuan badan secara semulajadi untuk tisu dan organ.

Friday, 13 April 2012

Pengenalan Pada Stem Cell

sejak sekian lama dari zaman 1980 hingga sekarang manusia telah menemui pelbagai ubatan untuk mengoptimumkan kesihatan kita, sebagai contohnya herba telah ditemui pada tahun 80 antioksida tahun 90 dan antibiotik telah ditemui pada tahun 2000,kini dengan teknologi terkini hasil penyelidikan sains maka rawatan stem cell telah terhasil,mcm mana stem cell terhasil? mudah sahaja stem cell adalah master of cell bermaksud ia adalah satu sel semulajadi didalam tubuh kita dimana ia boleh menjadi apa-apa sel dalam tubuh kita...x percaya bukan??

ini bermakna setiap sel yang mati akan digantikan oleh stem cell dimana stem cell tersebut akan membentuk sel baru dalam sesuatu organ sebagai contoh, jantung kita- cell pada jantung rosak, dan stem cell akan menukar sel jantung yang rosak td kepada sel baru, memang menajubkan!! 

gambar ini menunjukkan stem cell adalah "master of cell"

Dari manakah stem cell ini terhasil? mudah sahaja, stem cell ini telah hujud didalam badan kita semenjak kita dilahirkan lagi. Sel stem ini terhasil dari sum-sum tulang secara semulajadi. penghasilan sel-sel ini adalah secara berterusan dan akan berkurangan setelah usia kita semakin meningkat. Sedar atau tidak, semakin banyak sel-sel didalam badan kita mati dan memerlukan stem cell untuk menggantikannya semakin itulah kita perlu menghasilkan stem cell secara semulajadi,akan tetapi apabila usia kita semakin meningkat,penghasilan stem cell berkurangan dan makin bayak tisu atau sel yang perlu diganti maka disitulah terjadinya kegagalan pada tisu-tisu atau organ dalam badan kita.

Setakat ini sahaja dahulu untuk pengenalan stem cell...semoga maklumat ini membawa manafaat kepada anda semua =)

Wednesday, 11 April 2012

Pembukaan dan madah bicara

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca saing saing forever...

Syukur kepada Maha Pecipta kerana Siap jugak Blog Saing Saing Forever. Saing Saing Forever adalah bermaksud kawan selamanya kalau bahasa orang putih @mat salleh bukan en salleh tau adalah Best Friend Forever BFF kot hehe, lebih kurang macam tu la.blog nie bukan untuk mengisahkan tentang cerita pelik2 yang anda saksikan di blog2 lain tetapi mengisahkan tentang kesihatan,gajet,cerita terbaru dan macam2 yang kita tidak nampak dengan mata kasar atau mata halus...apa pun untuk comment atau complain sila email kepada saya..pss jgn comment yang bukan2 sudah tau sebab pening nak menjawabnya nanti hehe..

apa2 pun WELCOME TO SAING-SAING FOREVER BLOG!!

                                                                                                                                         yang budiman,
                                                                                                                                              aliefaziz
                                                                                                                                            SSFowner