Sel stem adalah sel yang mempunyai kebolehan untuk
menggandakan strukturnya tanpa had dan berupaya untuk menjadi sel mana-mana
organ dan tisu badan. Sel stem embrionik adalah sel yang di ekstrak daripada
blastula, iaitu sel embrio yang paling awal, yang mempunyai kebolehan hebat
untuk menggandakan diri ke vitro, dalam tiub ujian, dan berupaya untuk menjadi
hampir kesemua tisu. Sel stem dewasa adalah sel yang mampu di dapati dalam
organisma selepas kelahiran. Sehinga akhir-akhir ini, sel stem dewasa dipercayai
hanya mampu menjadi sel darah, tulang dan tisu penghubung. Tetapi akibat kajian
terkini yang telah dilakukan sejak 5 tahun lepas telah menemui kebolehan sel
stem dewasa yang mampu bertindak seperti sel stem embrionik.
Teori Pembaharuan sel stem mencadangkan yang sel
stem secara semulajadinya dilepaskan oleh sumsum tulang dan bergerak ke tisu
melalui saluran darah untuk menggalakan proses semulajadi pembaharuan sel
badan. Apabila sesebuah organ dikerah untuk melakukan proses pembaharuan,
seperti proses penuaan semulajadi, organ ini akan melepaskan kompaun yang akan
membuat sumsum tulang mengeluarkan sel stem. Organ ini juga melepaskan kompaun
yang menarik sel stem kearah organ tersebut. Sel stem yang dikeluarkan akan
mengikut kepekatan gradien oleh kompaun-kompaun ini dan meninggalkan aliran
darah untuk berpindah kepada organ dimana mereka akan berkembang dan
dibahagikan untuk menjadi sel organ tersebut lantas membantu proses pembaharuan
semulajadi.
Sel stem embrionik manusia yang pertama
dikembangkan di dalam vitro iaitu di dalam piring petri pada pertengahan tahun
1990-an. Dengan cepatnya para pengkaji berjaya dalam perkembangan sel tersebut
untuk generasi yang banyak dan membolehkan pembahagian sel ke hampir kesemua
bentuk sel, contohnya sel otak, sel jantung, sel hati, sel tulang, sel pankreas
dan banyak lagi. Tetapi apabila mereka berusaha untuk mengembangkan sel stem
dewasa, usaha mereka di akhiri dengan sedikit kejayaan kerana sel stem dewasa
adalah lebih sukar untuk dibesarkan dalam vitro untuk lebih daripada beberapa
generasi. Ini menyebabkan kepada kesimpulan yang mengatakan sel stem embrionik
mempunyai kebolehan yang lebih daripada sel stem deawasa. Tambahan pula,
keraguan etika dikaitkan dengan penggunaan sel stem embrionik telah menyebabkan
pewakilan yang tidak adil terhadap sel stem embrionik di kalangan media.
sel stem embrionik |
Tetapi penyelidikan terkini dalam tempoh 2-3 tahun yang lepas telah membuktikan
yang sel stem dewasa mempunyai keupayaan yang mampu disamakan kepada sel stem
embrionik, dalam badan manusia, bukan
pada tiub ujian. Banyak kajian telah membuktikan yang dengan hanya mengeluarkan
sel stem daripada sumsum tulang mampu memberi sokongan pada badan untuk
menjalankan proses pembaharuan badan secara semulajadi untuk tisu dan organ.
No comments:
Post a Comment